InstaForex Terus Jalin Kerjasama Dengan Dragon Racing
LIMASSOL, Cyprus, 28 Disember 2017 --
InstaForex dan Pasukan Dragon Racing dengan sukacitanya mengumumkan lanjutan kontrak penajaan mereka bagi musim 4 Kejohanan FIA Formula E kereta elektrik sepenuhnya.
(Logo: http://mma.prnewswire.com/media/623077/InstaForex_Logo.jpg )
Perkongsian ini bermula pada tahun 2015 apabila logo InstaForex dipaparkan pada kereta Dragon Racing dalam perlumbaan pertama Formula E di Moscow. Kemuncak kejayaan perkongsian merupakan kemenangan oleh Jérôme d'Ambrosio di Berlin dan Mexico selain beberapa penamat podium untuk Pasukan itu.
Pavel Shkapenko, Pengarah Pembangunan di InstaForex mengulas, "Lanjutan kontrak penajaan rasmi ini bukan sekadar membabitkan pembinaan imej, termasuk penjenamaan kereta dan helmet pemandu dengan logo broker. InstaForex mempunyai keinginan yang sama dengan Formula E dan Dragon Racing untuk membangunkan dan mempromosikan teknologi-teknologi baharu di samping menjaga alam sekitar. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Dragon Racing untuk musim yang hebat!"
Jay Penske, Prinsipal dan Pemilik Dragon Racing berkata, "Dragon Racing berbesar hati untuk mengalu-alukan kembali Instaforex dalam musim keempat berturut-turut ini. Sokongan berterusan mereka dan nilai yang dikongsi berjaya memupuk perkongsian hebat yang saya yakin akan diteruskan selama bertahun-tahun akan datang."
Latar Belakang Dragon Racing
Pasukan perlumbaan auto Amerika ini diasaskan oleh Jay Penske setelah beberapa musim yang membuahkan kejayaan dalam kejohanan US IndyCar. Pada tahun 2014, pasukan Dragon Racing menjadi salah satu pasukan pengasas dalam siri perlumbaan FIA Formula E yang hanya menggunakan kereta berkuasa elektrik.
Cogan kata Pasukan Dragon Racing ialah frasa Latin "E Pluribus Unum", yang bermaksud "Daripada sekian banyak, terdapat hanya satu".
Latar Belakang InstaForex
InstaForex ialah broker ECN antarabangsa yang beroperasi dalam pasaran tukaran mata wang asing (forex) sejak tahun 2007. Hari ini, lebih 7 juta pedagang mempercayai syarikat, dan bilangan pejabat di seluruh dunia telahpun melebihi 265 pejabat.
Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa melibatkan perkhidmatan berkualiti tinggi, teknologi canggih, perkhidmatan forex terbaik (PAMM dan ForexCopy) serta peluang-peluang yang luas untuk perdagangan yang produktif. InstaForex menyediakan lebih 300 instrumen perdagangan yang pelbagai, akses kepada mata wang dan bursa saham, sumber web yang luas dengan bahan-bahan latihan bagi tujuan latihan, maklumat analitik dan juga rencana kewangan.
SOURCE InstaForex
CONTACT: Nadezhda Zuevich, +7-981-45-800-85
